Followers

Labels

N

Sunday, July 3, 2011

keputusan 2nd leg kelayakan piala dunia 2014

Berat Sebelah! Itulah ungkapan yg boleh saya ucapkan selepas menyaksikan perlawanan Taiwan vs Malaysia tersebut, pengadil bersungguh-sungguh ingin membantu Taiwan dgn memberi 3 Penalti, kalau dilihat dan teliti, hanya satu sahaja penalti yg sepatutnya diberikan. Berlainan pula dgn Malaysia, yg tidak dapat penalti walaupun TERANG LG BERSULUH, Fakri dijatuhkan dalam kotak penalti pada minit2 akhir perlawanan.

Malaysia bermula baik, mengawal dan mengasak pemain lawan dari melakukan serangan, dan berjaya memperoleh jaringan menerusi sepakan cantik Aidil Zafuan pada minit ke 7, Taiwan kemudiannya menyamakan kedudukan hasil jaringan daripada corner kick..

Malaysia memperoleh jaringan ke 2 melalui hasil sepakan percuma Safiq, keeper Taiwan seperti agak berat dek kerana lemak diperut..haha, namun gelak saya tadi tidak berpanjangan kerana Taiwan kembali menyamakan Kedudukan..isk2..

2nd Half Malaysia byk bertahan , dan Taiwan pula suka , kerana menerima bukan satu tapi Dua penalti, namun pujian harus diberikan kpd Sharbinee Alawi yg berjaya menempis salah satu sepakan penalti Taiwan, syabas!

kehadiran Shahrul Idlan Talaha juga dapat dirasa dan pemain Taiwan agak sukar mengekang gerakan beliau dan tonggeknya..haha..syabas Idlan,.Hadi yahaya? hmm..mgkin kurang lorongan dan cross2 kepada penyerang menyaksikan mereka sekali lg ketandusan gol..striker perlu meningkatkan lg usaha..chaiyok2!!

keputusan akhir 2nd leg, Taiwan 3-2 Malaysia, namun Malaysia Layak keperingkat seterusnya kerana Malaysia lg hebat..haha..padan muka Taiwan..( ikut home away rules ler..)

Taiwan 3-2 Malaysia

0 comments:

Post a Comment