Followers

Labels

N

Friday, October 26, 2012

Safee sali kekal di ISL

Safee Sali sah akan terus beraksi di Liga Super Indonesia (ISL) bersama skuad Arema-Pelita pada musim baru akan datang.

Khabar angin yang mengaitkan Safee akan ke Johor terbukti meleset apabila dia mengesahkan bakal terus beraksi dengan Pelita Jaya, kelab yang akan bergabung dengan Arema (Arema-Pelita) pada musim baru Liga Super Indonesia (ISL).

Dalam laporan media tempatan, penyerang sensasi negara itu dipetik sebagai berkata:"Saya hanya boleh katakan yang saya sah menyertai kelab gabungan itu dan mahu berpindah ke Arema dan bukan lagi berpangkalan di Jakarta. Di sana seperti sebuah pasukan baru dan saya akan menghadapi cabaran baru," katanya.

Safee Sebelum ini menerima nasihat daripada Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah agar menamatkan kontrak dengan Pelita Jaya bagi mengelakkannya menjadi mangsa keadaan ekoran pengharaman ISL oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Kini, Safee berada dalam kem latihan skuad Harimau Malaya untuk persiapan menjelang beberapa siri perlawanan persahabatan sebelum mengahadapi Piala AFF Suzuki.

SUMBER STADIUMASTRO.COM

0 comments:

Post a Comment