Followers

Labels

N

Thursday, November 1, 2012

SAFIQ , AZMI, ZAQUAN, AIDIL KE JOHOR SEASON DEPAN..

Azmi, Aidil dan Zaquan ke Johor

Tiga pemain tonggak pasukan Angkatan Tentera Malaysia akan meninggalkan pasukan untuk menyertai pasukan Liga Super, Johor musim depan.
Jurulatih, B. Sathianathan mengesahkan bahawa Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan Azmi Muslim tidak akan beraksi lagi untuk ATM musim depan dan akan menyertai Johor FC di Liga Super yang kini dikenali sebagai Johor.
"Kami dikatakan sebagai Manchester City Malaysia. Tetapi sebenarnya bukan kami yang patut diberi gelaran itu. Kami ingin mengekalkan mereka dalam pasukan namun apa yang ditawarkan oleh pasukan itu tidak mampu ditandingi kami," kata Sathianathan kepada ESPNSTAR.my semalam.
"Semua pemain ini telah banyak menyumbang kepada kami. Kami terima pemergian mereka ini sebagai satu cabaran musim depan. Kami mungkin akan mendapatkan beberapa pemain muda dalam pasukan," tambahnya lagi.
Sementara itu, Zaquan ketika dihubungi semalam turut berterima kasih kepada pasukan dan penyokong selama beliau berada di ATM.
"Saya ingin mengambil peluang ini untuk berterima-kasih kepada semua. Kami sangat bahagia dengan suasana ATM daripada peminat, anggota pasukan dan pengurusan kepada jurulatih kami yang telah membimbing kami dengan cara yang terbaik." katanya.

http://sphotos-a.xx.fbcdn.net/hphotos-ash3/s480x480/644583_362278717191973_428831261_n.jpg

sumber espn

Berita terkini, Safiq Rahim bakal ke JOHOR, 4 pemain star akan menguatkan pasukan JOHOR season depan.

http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/2/2e/Safiq_Rahim.jpg

1 comments: